Sunday 27 March 2011

Info : Program Berbasikal : Polis Bersama Masyarakat 2011 ( PBPBM2011 )

Setelah kejayaan penganjuran Kayuhan Rakan Cop pada 21hb Mac 2009, kini kembali IPD Perak Tengah dengan Program Berbasikal Polis Bersama Masyarakat 2011 ( PBPBM2011 ).
























Bertujuan merapatkan hubungan antara Polis dengan masyarakat tempatan , menimbulkan kemesraan dengan masyarakat, terutama di kawasan Perak Tengah juga mewujudkan perpaduan antara kaum, sekali gus bersama-sama menangani pelbagai kes jenayah.  Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah akan menganjurkan Program Berbasikal Polis Bersama Masyarakat 2011 ( PBPBM2011 )

Dengan Konsep “ MTB FUN Ride”,  PBPBM2011 berharap dapat menarik ramai pengayuh dari masyarakat tempatan dan luar. Jarak Kayuhan sejauh 30KM ini akan melalui tempat-tempat yang menarik disini, Universiti Teknologi PETRONAS(UTP) , Universiti Teknologi MARA ( UiTM – Seri Iskandar )  Felcra Nasarudin, Kg Orang Asli  Suak Padi, Kg Orang Asli Tumbuh Hangat, Bukit Panchor  dan tamat di IPD Perak Tengah
Salah satu “Check Point” nanti, semua pengayuh akan merasakan suasana kehidupan orang asli,  (Kg Orang Asli Tumbuh Hangat) Ada persembahan menarik ( Sewang) menanti anda disana, Anda juga berpelung untuk menikmati pandangan Indah sawah padi yang luas.   

Pastikan anda tidak terlepas program ini nanti..

1 comment:

  1. Tahniah atas kejayaan program ini. Sedikit gambar peserta yang sempat diambil semasa aktiviti: http://senifotografi.com/v3/2011/kayuhan-rakan-cop-ipd-perak-tengah-2011/

    ReplyDelete