Monday 28 March 2011

Pendaftaran

Bagi memudahkan pendaftaran, Pihak Urusetia telah mengenal pasti beberapa orang untuk mewakili Persatuan/Kelab/Team yang ingin sama-sama menjayakan program ini. Peserta yang berminat boleh menghubungi kordinator Persatuan/Kelab/Team tuan/puan.


Kelab Berbasikal Seri Iskandar (SIT)

En Kamarunzaman Bin Mokti & En. Hasnol Hakim Mohamed Zain


Salak Cycling Team (SCT)

En Badarolzaman ( Lan Salak )


UTP - KSKKU

En Irwan B Othman


UiTM – Seri Iskandar Riders ( SIR)

En Khalaili B Musa 


Manjung Cycling Team ( MCT)

Haji Estima



Cycling Hams Malaysia ( CHM)

Jameel Chiru



Batu Gajah Riders & CM Biker

Ustaz Najdi


Mana-mana  Persatuan/Kelab/Team yang berminat untuk untuk sama-sama menjayakan program ini dan sudi menjadi Kordinator Persatuan/Kelab/Team tuan/puan sila hubungi :-











C/INSP Kamarulzaman Bin Harun ( Pak Chuu )
0175581676

Aktiviti menarik untuk keluarga juga akan disediakan..

Aktiviti Sampingan :-

Pertandingan Mewarna

Senamrobik 
Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA
Pertunjukkan Anjing PDRM (K9)
Sesi Bersama "Anuar Manan" 

Pertandingan Tarik Tali Tertutup ( KRT, Perak Tengah ) ##
dan banyak lagi...

 ## tertakluk kepada perubahan..

Sunday 27 March 2011

Info : Program Berbasikal : Polis Bersama Masyarakat 2011 ( PBPBM2011 )

Setelah kejayaan penganjuran Kayuhan Rakan Cop pada 21hb Mac 2009, kini kembali IPD Perak Tengah dengan Program Berbasikal Polis Bersama Masyarakat 2011 ( PBPBM2011 ).
























Bertujuan merapatkan hubungan antara Polis dengan masyarakat tempatan , menimbulkan kemesraan dengan masyarakat, terutama di kawasan Perak Tengah juga mewujudkan perpaduan antara kaum, sekali gus bersama-sama menangani pelbagai kes jenayah.  Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah akan menganjurkan Program Berbasikal Polis Bersama Masyarakat 2011 ( PBPBM2011 )

Dengan Konsep “ MTB FUN Ride”,  PBPBM2011 berharap dapat menarik ramai pengayuh dari masyarakat tempatan dan luar. Jarak Kayuhan sejauh 30KM ini akan melalui tempat-tempat yang menarik disini, Universiti Teknologi PETRONAS(UTP) , Universiti Teknologi MARA ( UiTM – Seri Iskandar )  Felcra Nasarudin, Kg Orang Asli  Suak Padi, Kg Orang Asli Tumbuh Hangat, Bukit Panchor  dan tamat di IPD Perak Tengah
Salah satu “Check Point” nanti, semua pengayuh akan merasakan suasana kehidupan orang asli,  (Kg Orang Asli Tumbuh Hangat) Ada persembahan menarik ( Sewang) menanti anda disana, Anda juga berpelung untuk menikmati pandangan Indah sawah padi yang luas.   

Pastikan anda tidak terlepas program ini nanti..